Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Di penghujung Ramadhan ini kita dikejutkan pula semalam dengan kematian seorang pegawai perubatan, Dr Afifah Mohd Ghazi 27 tahun akibat nahas kemalangan jalan raya selepas bertugas ‘on call’ di Hospital Sungai Buloh.

Allahyarham meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia setahun.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar kerajaan mengambil berat isu beban kerja berlebihan yang dipikul oleh pegawai perubatan muda ini.

Ini bukanlah kes kemalangan yang pertama yang menghiasi dada akhbar melibatkan doktor muda yang memandu di dalam keletihan akibat beban kerja yang berlebihan. Kerajaan perlu berhenti dari mendera.

DPPM menggesa kerajaan agar bertindak segera terhadap isu kekurangan pegawai perubatan demi memastikan agihan kerja seimbang dapat dilaksanakan di kalangan pegawai perubatan.

Perlulah diingatkan bahawa data rasmi kerajaan sendiri menyatakan bahawa nisbah antara doktor dan penduduk di Malaysia kini berlegar sekitar 1:660 sahaja berbanding 1:400 yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi negara maju.

Angka ini lebih sedikit berbanding kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada tahun 2012 bahawa Malaysia akan mempunyai nisbah doktor 1:600 pada tahun 2015. Beliau yang merupakan Menteri Kesihatan pada masa tersebut mengeluarkan kenyataan demikian selepas melakukan lawatan ke Hospital Kluang pada 29 April 2012.

DPPM mengajak warga dunia perubatan agar bangkit menyuarakan hak mereka sebagai professional yang dilatih untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Warga perubatan harus mendesak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar prihatin dengan waktu kerja mereka yang tidak berperikemanusiaan ini.


AHMAD FADHLI SHAARI ketua penerangan Dewan Pemuda PAS.

Lihat Komen
ADS