Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyanjung tinggi keazaman kumpulan progresif dalam PAS, yang kini digelar sebagai Gerakan Harapan Baru, untuk meneruskan perjuangan yang dapat membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

Tetapi KPRU ingin mencadangkan kepada pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru, supaya menjadi gerakan massa dalam menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri.

Ia harus menjadi tumpuan utama oleh Gerakan Harapan Baru.

KPRU berpendapat, Malaysia sedang bergelumang dengan skandal dan krisis yang membimbangkan segenap rakyat Malaysia dan pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan semasa secara dekat.

Menurut pemerhatian KPRU, dalam konteks semasa, 52 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat berasa terkilan dengan perkembangan pasca Mei 2013.

Mereka kini mengharapkan pimpinan masyarakat madani dan pemimpin yang berjuang untuk perubahan dan pembaharuan supaya bergerak pantas dan memimpin gerakan massa bagi menyuarakan tuntutan rakyat sebelum terlambat.

Rakyat mengharapkan pemimpin seperti saudara Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk menjadikan Gerakan Harapan Baru sebagai gerakan massa sebagai keutamannya terlebih dahulu.

Menurut laporan berita, kumpulan progresif dalam PAS atau Gerakan Harapan Baru mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Laporan berita menyebut, gerakan ini akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

Tetapi KPRU berpendapat, realiti semasa menunjukkan, hasrat Gerakan Harapan Baru mungkin tidak dapat memenuhi harapan semasa rakyat sepenuhnya.

Sebelum Gerakan Harapan Baru bergerak membentuk realiti baru, sewajarnya Gerakan Harapan Baru bergerak memimpin gerakan massa mengenai tuntutan berkaitan skandal 1MDB dengan kadar segera selepas Adilfitri.

Sesungguhnya, dalam jelajah ke setiap negeri, Gerakan Harapan Baru wajar menjadikan prioriti menjelaskan kepada rakyat mengapa gerakan massa menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri sebagai prioriti utama, seterusnya mengemukakan tuntutan pembaharuan pasca skandal 1MDB.

KPRU melihat, pemimpin Gerakan Harapan Baru hanya menjadikan penubuhan parti politik baru sebagai tumpuan kedua, selepas menggerakkan tuntutan berkaitan.

Ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru terus menerus berpegang kepada prinsip mengangkat isu tadbir urus negara dan mendahulukan isu kepedulian rakyat.

Hal ini bermaksud, biarpun tewas dalam pilihan raya parti PAS, pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru tidak tersimpang daripada tumpuan selama ini yang menjadi harapan rakyat.

Malahan, sokongan yang ditunjukkan semasa gerakan massa yang dipimpin oleh pemimpin massa seperti saudara Mat Sabu dapat diterjemah sebagai kekuatan yang dperlihatkan dalam diri mereka.

Sesungguhnya, kekuatan begini bukan sahaja lebih bermakna dalam usaha mengisi kekuatan penubuhan parti politik baru, juga dapat mengelakkan tindakan diri daripada menghampakan rakyat apabila tidak dapat memenuhi tuntutan semasa.


OOI HENG pengarah eksekutif badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lihat Komen
ADS