Kita merasa hairan mengapa pihak-pihak yang mengamalkan politik wang boleh berjuang untuk menegakkan agenda Melayu.

Merasuah, dan menerima rasuah, kedua-duanya adalah haram di sisi Islam. Adakah anda mahu memperjuangkan nasib orang Melayu dengan menghalalkan rasuah?

Apakah pula bentuk orang Melayu yang ingin anda perjuangkan dan pertahankan? Pemimpin yang paling banyak berbelanja untuk merasuah perwakilan adalah pemimpin yang paling tidak bermaruah. Jika orang-orang sebegini dibiarkan memimpin parti orang Melayu, di manakah maruah parti kita?

Kita jauhkan diri dari rasuah, orang yang merasuah, dan orang yang menerima rasuah. Kita tolak pemimpin yang buruk akhlak ini. Sebagai orang Islam, kita hanya mampu untuk mendoakan agar saudara kita yang terlibat dengan rasuah ini sedar akan dosa dan kesalahan mereka. Kita doakan mereka kembali ke pangkal jalan.

Berjuanglah ke arah mewujudkan bumi Melayu yang bebas dari rasuah.