Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan negeri akan membuat pembayaran balik bagi bayaran yang telah lebih dikutip untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang telah diluluskan kepada rumah-rumah ibadat di seluruh negeri Pulau Pinang.

Pembayaran balik ini adalah selaras dengan pindaan semula kepada Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Pulau Pinang (Penang Land Rules) yang telah diluluskan pada tahun 2013 dan mula berkuat kuasa mulai bulan Mac 2014.

Pindaan semula tersebut berkuatkuasa pada Mei 2015.

Pindaan semula ini dibuat kerana kerajaan negeri mendapati kadar bayaran LPS yang dikenakan berdasarkan Penang Land Rules Pindaan 2013 adalah terlalu tinggi.

Kaedah pengiraan yang diguna pakai ialah RM500.00 bagi setiap 100 meter persegi untuk kawasan bandar, manakala RM150.00 bagi setiap 100 meter persegi untuk kawasan mukim.

Kadar ini adalah tiga kali ganda daripada kadar yang ditetapkan di bawah Penang Land Rules 2005 di mana kadar bagi kawasan bandar ialah RM150.00 bagi setiap 100 meter persegi dan RM50.00 bagi setiap 100 meter persegi di kawasan mukim.

Sebagai kerajaan yang prihatin, kerajaan negeri telah membuat pindaan semula kepada kadar bayaran LPS atas asas ia bukanlah sebuah organisasi berorientasikan keuntungan atau laba, tetapi merupakan tempat beribadat atau menjalankan upacara keagamaan bagi tujuan awam.

Selaras dengan itu, suatu kadar baru yang lebih rendah ditetapkan berkuatkuasa Mei 2015.

Kadar LPS baru yang ditetapkan bagi rumah ibadat di kawasan bandar ialah RM110.00 untuk 100 meter persegi pertama dan RM20.00 untuk setiap 100 meter persegi berikutnya.

Untuk kawasan mukim pula, kadar baru yang ditetapkan ialah RM45.00 untuk 100 meter persegi pertama dan RM10.00 untuk setiap 100 meter persegi berikutnya.

Berikutan daripada pindaan semula yang dibuat, kerajaan negeri bersetuju membuat pembayaran balik perbezaan kutipan bayaran LPS yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,955.00 bagi 12 buah rumah ibadat di Daerah Timur Laut.

Perincian pembayaran balik kepada 12 rumah ibadat berkenaan adalah seperti di Lampiran A.

Senarai 12 rumah ibadat yang akan menerima bayaran balik adalah seperti berikut:

  1. Ketua Sami Kek Lok Si
  2. Persatuan Penganut Dewi Sree Maha Mariaman
  3. Synod Diocese Malaysia Barat
  4. Persatuan Penganut Dewi Sri Arulmigu Naga Kaliswary Amman
  5. Pertubuhan Swamimalai Sri Muniswarar
  6. Jawatankuasa Kariah Masjid At-Taqwa
  7. Pemegang Amanah Kuil Sakti Vinayagar
  8. Pengerusi Chip Hock Tong Sam
  9. Penganut Tokong Sun Hai Yim Yeong
  10. Persatuan Penganut Dewa Hean Thean Seoang Tay 'Khay Thean Keong Pulau Pinang
  11. Lim Kah Soo
  12. Yeoh Ah Tai


LIM GUAN ENG ketua menteri Pulau Pinang.

Lihat Komen
ADS