Kenyataan Datuk Mah Siew Keong semalam telah menjelaskan beliau akan menghalang rang undang-undang hudud untuk diluluskan di parlimen yang akan bersidang.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Teluk Intan berikrar untuk meletak jawatan jika misinya gagal.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyokong tindakan Datuk Mah Siew Keong untuk tidak membiarkan rang undang-undang hudud itu tidak diluluskan pada 19 Oktober ini.

Pemerintah sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat.

Sebagai contoh, ada mangsa banjir besar di Kelantan yang masih belum lagi menerima keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian.

Masih ada lagi rakyat Kelantan yang terpaksa mendiami khemah usang untuk meneruskan kehidupan selepas bah besar pada November lalu.

Keadilan hudud umpama sebilah pisau yang tajam. Orang baik akan menggunakannya untuk potong sayur, manakala orang jahat akan menggunakannya untuk membunuh.


WAFIUDDIN ROSLI presiden PMIUM.