Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Salah sebuah masjid lama yang masih wujud di Sarawak boleh ditemui di Kampung Masjid, Bintulu. Masjid ini adalah yang pertama sekali dibangunkan oleh masyarakat Islam tempatan di Bintulum sejak1917 di tapak ini.

Menurut sejarah tempatan, pembinaan ini dikelola oleh almarhum Datu Abang Abdullah Ishak atau lebih dikenali dengan nama Suvau, seorang pegawai Orang Asal semasa pemerintahan Brooke.

Beliau memimpin penduduk tempatan untuk membina masjid tersebut dan turut dilantik menjadi imam pertama di masjid itu.

Pada tahun 1950-an, masjid asal tersebut dirobohkan dan diganti dengan bangunan sedia ada yang boleh dilihat pada hari ini.

Baru-baru ini kami sempat melawat dan bersolat dalam masjid yang bersejarah tersebut yang berada di tengah-tengah bandar Bintulu. Menurut penduduk tempatan, bangunan masjid lama itu akan dirobohkan

Satu masjid baru akan dikatakan akan dibina untuk kampung tersebut. Ini sudah tentu menjasi kehilangan besar bagi umat Islam yang sudah lama menetap di situ kerana masjid lama ini penuh dengan kenangan dan nostalgia.

Sepatutnya masjid lama tersebut dibaik pulih dan diwartakan sebagai tempat bersejarah untuk kawasan Bintulu.

Kerajaan Sarawak perlu memelihara bangunan bersejarah sebagai warisan negara agar ianya tidak pupus begitu saja ditelan zaman.

Walaupun pembangunan amat diperlukan tetapi tapak bangunan bersejarah perlu dikekalkan agar dapat dilihat oleh generasi baru. Banyak bangunan bersejarah di negara ini telah dimusnahkan untuk tujuan pembangunan.

Ciri reka bentuk dan unsur kebudayaan yang unik pada bangunan bersejarah itu boleh menarik pelancong dari luar dan dalam negeri.

Kami berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian akan perkara tersebut dan segera mewartakan bangunan bersejarah sebagai Warisan Negara. Selamatkan bangunan bersejarah dari kemusnahan dari arus pembangunan.

JOFRI JARAIEE timbalan pesuruhjaya II PAS Sarawak dan ketua PAS Miri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS