Minggu gembira badminton Malaysia
Pertama kali jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul kejuaraan pertama dalam kariernya pada aksi Final Perseorangan Lelaki Super Series Terbuka China 2015 setelah menundukkan pemain nombor satu dunia, Chen Long 21-15, 21-11.
Dalam pertarungan selama 50 minit itu Chong Wei ( gambar ) tampak penuh keyakinan ketika turun ke gelanggang.
Sebelum layak ke final, dia terlebih dahulu mengejutkan seteru utamanya, Lin Dan di separuh akhir sekali gus menghapuskan badi kekalahan ke atas juara Olimpik tersebut.
Keghairahan Chong Wei untuk meraih gelaran ini dapat dilihat pada aksi suku akhir apabila dia berjaya menewaskan Jan O Jorgensen yang berada di ranking kedua sebelum mengakhiri kemenangan dengan Lin Dan di separuh akhir.
Kali terakhir pemain negara itu menang ke atas musuh tradisinya pada tiga tahun lepas di Terbuka Korea.
Kemenangan ke atas Lin Dan itu menjadikan rekod kemenangan yang ke 10 Chong Wei dengan pemain itu.
Chong Wei yang mulai tamat dari penggantungan tidak menunggu lama untuk berada di ranking kesembilan dunia kini.
Kemenangan semalam adalah yang pertama ke atas Chen Long untuk tahun 2015 selepas kali terakhir melakukkannya pada Terbuka Denmark tahun lalu.
Selain Chong Wei, pemain keempat negara yang menjuarai Terbuka China adalah Wong Mew Choo pada 2007, Wong Choong Hann 2002 dan pemain beregu lelaki, Jalani Sidek dan pasangannya Razif Sidek pada tahun 1989.
Kejayaan semalam itu diharap akan menjadi pembakar semangat kepada Chong Wei untuk beraksi buat kali terakhir di Sukan Olimpik Rio tahun depan.
Awal pagi tadi, pemain remaja wanita negara, Goh Jin Wei ( gambar ) muncul Juara Dunia Remaja 2015 setelah memenangi permainan dengan rakan senegara Lee Ying Ying 21-15 I 21-16 pada aksi yang dilangsungkan di Lima, Peru.
Pemain yang berusia 15 tahun itu menjadi pemain kedua Malaysia yang meraih gelaran itu selepas kali terakhir dilakukan oleh Zulfadhli Zulkifli.
Semoga dengan kemenangan Jin Wei itu akan menamatkan penantian pertanyaan siapa yang akan menjadi pengganti kepada Datin Wong Mew Choo selepas ini.

