Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya adalah salah seorang pengguna perkhidmatan Maybank2u.com. Apabila mendapat tahu tentang 'yuran' tahunan sebanyak RM12 setahun, saya memang tidak bersetuju.

Selain itu, Maybank juga mengenakan caj sebanyak RM0.50 bagi setiap pengeluaran tunai melebihi lima kali menggunakan mesin ATM.

Sebagai seseorang yang berpendapatan rendah, ia semestinya amat membebankan. Saya terpaksa mengambil wang tunai beberapa kali dalam sebulan kerana, saya takut untuk membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Berikutan kejadian ragut yang semakin berleluasa, saya takut membawa wangtunai yang banyak, saya hanya membawa jumlah yang sedikit. Jadi tidak sepatutnyalah saya dikenakan pula caj RM0.50 itu.

Ianya lebih membebankan. Takkanlah nak ambil duit sendiri pun nak kena cukai? Caj Maybnk ini memang tidak masuk akal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS