Serangan ke atas Syeikh A'idh al-Qarni di Filipina dikutuk
Diterbitkan: Mar 3, 2016 2:58 PM | Dikemas kini: Mar 3, 2016 2:59 PM
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh kumpulan bersenjata ke atas pendakwah tersohor dari Arab Saudi, Syeikh Dr A'idh al-Qarni di Zamboanga, Filipina.
IKRAM merafakkan syukur ke hadrat ilahi kerana beliau kini dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di Manila.
Seluruh pimpinan dan ahli-ahli IKRAM sentiasa mendoakan agar beliau segera diberikan kesembuhan, insya-Allah.
IKRAM juga turut mendoakan agar semua pendakwah diberikan keselamatan dalam menyampaikan dakwah di mana jua lapangan dan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Amin.
DR MOHD PARID SHEIKH AHMAD presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.