Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan menurunkan papan tanda #BebasAnwar.

Sebagai seorang ketua polis negara, beliau hanya bertanggungjawab ke atas pasukan polisnya sahaja, sejak bila ditugaskan menjaga hal ehwal majlis tempatan?

Bersesuaian dengan jawatan, beliau sepatutnya mengambil tindakan terhadap Jamal Md Yunos kerana mengancam untuk membakar papan tanda, bukannya dengan jawapan selamanya kitar semula iaitu “Kami akan mengambil tindakan”.

Polis sepatutnya bertegas terhadap pengacau Baju Merah serta merta tanpa teragak-agak. Ini menunjukkan pihak polis gagal melakukan kerja dengan betul.

Pada 10 Mac, Zeid Ra’ad Al Husein, pesuruhjaya tinggi PBB bagi hak asasi manusia semasa sesi persidangan yang ke-31 mengatakan:

“Diputuskan oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari terhadap pemenjaraan bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang telah ditahan sewenang-wenangnya adalah lambang kelesuan kepada sebuah demokrasi!”

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari adalah sebuah badan lima anggota yang terdiri daripada pakar-pakar negara Australia, Benin, Mexico, Korea Selatan dan Ukraine.

Berdasarkan fakta-fakta ini, ketua polis negara adalah 100 peratus salah dalam membuat kenyataan bahawa papan iklan itu boleh dianggap menghasut dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Beliaulah yang sebenarnya keliru dan lemah dalam membuat penilaian.

Isu yang lebih jelas di sini adalah ketua polis negara harus memberi fokus kepada kes-kes rasuah terutama melibatkan ahli politik BN, dan bukannya mencari alasan untuk melindungi orang yang zalim.

Bagaimana dengan skandal berkaitan dengan pengurusan wang yang tidak betul, pembelian barangan mewah oleh ahli politik yang melebihi gajinya sendiri, atau kata-kata berunsur hasutan dan fitnah yang dilontarkan oleh ahli BN?

Bagaimana pula dengan rompakan, kecurian dan peningkatan kadar jenayah yang semakin tidak boleh dibendung di negara ini?

Buat kerja anda sebagai ketua polis negara! Perlukah kami untuk harus mengingatkan kamu acap kali?


ZURAIDA KAMARUDDIN ketua Wanita PKR merangkap anggota parlimen Ampang.

Lihat Komen
ADS