Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seperti diketahui umum, Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) memulakan prosiding sivil ke atas beberapa individu yang disyaki menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB.

Mahasiswa dan anak muda ternyata kesal atas tindakan yang tidak bertanggungjawab dan ia perlu dipandang serius.

RM 14.2 bilion diambil dalam masa lebih kurang dari lima tahun sahaja.

Dan jika jumlah yang dicuri ini diagihkan kepada pelajar universiti untuk mengatasi masalah “mahasiswa lapar” , ia bakal memanfaatkan hampir 2.84 juta pelajar universiti daripada 20 buah universiti awam.

Dan agihan ini dijangkakan mampu disalurkan selama 71 tahun dengan nilai setiap pelajar memperoleh RM 5,000 seorang sepanjang pengajian.

Anak muda dan mahasiswa menggesa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat tuduhan wang RM14.2 bilion yang telah dilarikan dari 1MDB.

Jika individu-individu yang terlibat didapati bersalah mereka perlu ditangkap, didakwa dan dipenjara.


FAHMI ZAINOL Pengerusi Biro Mahasiswa merangkap anggota Majlis Pimpinan Pusat Pemuda PKR.

Lihat Komen
ADS