Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Kuih bulan reformasi dan mesej tolak k'jaan zalim

Kuih bulan reformasi PKR dilancarkan di ibu pejabat PKR oleh presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama maskot PKR - “Adil” hari ini.

Pada September 1998, mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan jawatannya dan ditahan serta dizalimi.

Dan pada ketika itu juga, tercetuslah pergerakan reformasi yang dipelopori rakyat.

Secara kebetulan, pelancaran gerakan reformasi jatuh pada pesta tanglung tahun berkenaan.

Perkataan “reformasi” diterjemahkan ke dalam Bahasa Tionghua buat pertama kalinya dengan erti “lawan tetap lawan”.

Tanglung yang tertera “reformasi” dalam Bahasa Tionghua dibawa dalam perarakan pesta tanglung.

Dalam sejarah negara China, kuih bulan telah digunakan sebagai alat sebaran maklumat.

Nota yang mengandungi mesej menggulingkan pemerintah zalim diselitkan di dalam kuih bulan dan kerajaan yang zalim ketika itu berjaya digulingkan.

Maka, PKR melancarkan kuih bulan reformasi bagi memperingatkan semua warga Malaysia supaya meneruskan agenda reformasi dan menjatuhkan kerajaan Umno dan BN yang zalim dan menindas rakyat.

Walaupun sudah lebih setahun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan oleh kerajaan Umno, agenda reformasi masih didukung oleh warga PKR.

Dan kami meyeru semua warga Malaysia supaya menyertai kami memastikan keadilan dapat ditegakkan dan kerajaan Umno yang diketuai Najib Razak dapat dijatuhkan.

Setiap kotak kuih bulan reformasi dijual pada harga RM20 dan mengandungi dua biji kuih bulan berperisa teratai dan kacang.

Untuk mendapatkan kuih bulan reformasi, sila hubungi 016-6221908 (Kuala Lumpur dan Selangor), 012-596019 (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), 012-5322152 (Perak), 016-7183453 (Melaka), 016-9391220 (Pantai Timur dan Johor) dan 013-8393325 (Sabah dan Sarawak).


LEE CHEAN CHUNG ketua penerangan Pemuda PKR dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu.

Lihat Komen
ADS