Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Persatuan bas alu-alukan bas percuma untuk pelajar PPR

Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) mengalu-alukan cadangan dan arahan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menawarkan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk kemudahan pelajar di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

PPPBSM menggesa DBKL menggunakan perkhidmatan bas sekolah dan bukannya Rapid KL kerana di semua kawasan PPR tersebut telah ada perkhidmatan bas sekolah disediakan oleh ahli persatuan kami yang sememangnya mengenakan bayaran.

PPPBSM melalui Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor (PPPBSBKLS) sedia berbincang dengan DBKL bagi menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma ini.

PPPBSM dan PPPBSBKLS membantah penggunaan bas awam Rapid KL atau kontraktor luar bagi pengoperasian skim ini kerana ia akan membunuh pengusaha bas sekolah di kawasan tersebut yang sebahagiannya adalah penghuni PPR tersebut.

Pihak PPPBSM dan PPPBSBKLS menghargai usaha murni pihak kerajaan menjayakan skim ini dan seterusnya situasi menang menang dapat dilaksanakan.


AMALI MUNIF RAHMAT presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) merangkap timbalan pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Kuala Lumpur dan Selangor (PPPBSBKLS).

Lihat Komen
ADS