Yang penting saya orang Umno
Ramai bertanya saya tentang isu politik terkini, terutama mengenai isu Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.
Saya jawab, sebagai pimpinan muda dalam Umno saya terus teguh bersama kepimpinan parti dan akan terus berikan politik khidmat bakti pada rakyat.
Ini lebih baik daripada asyik main politik kebencian. Fokus pada gerak kerja dan dekati rakyat.
Jangan sombong, angkuh, berlagak atau tidak mesra.
Senantiasa ingat kita dijadikan pemimpin kerana suara akar umbi dan rakyat. Senantiasa ingat asal usul kita.
Senantiasa terbuka terima kritikan, kutukan, pandangan, cadangan malah kena istiqamah jika difitnah.
Dalam perjalanan politik bukan semua orang akan suka jika walaupun kita buat kerja.
Dan adakala tidak disukai walaupun tidak kenal kita secara peribadi kerana itu memang resam dalam perjuangan.
Yang pasti saya orang Umno dan senantiasa berpegang pada prinsip asas perjuangan Umno.
DATUK ARMAND AZHA ABU HANIFAH orang Umno.

