Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius mengenai video yang kini viral memaparkan program latihan jati diri kelolaan Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM) di sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar, Perak.

Video tersebut memaparkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah rendah sedang menjalani latihan jati diri dalam sebuah kolam yang dicampakkan dua ekor ular sawa oleh tenaga pengajar.

SAMM mempersoalkan mengenai kewajaran tindakan itu.

Tindakan tersebut dianggap keterlaluan dan tidak sesuai terhadap pelajar sekolah rendah yang masih terlalu muda usianya.

Jelas ia telah melanggar standard operasi piawai (SOP).

Tindakan sedemikian boleh menyebabkan pelajar mengalami trauma.

Tenaga pengajar beri alasan bahawa ular sawa itu tidak bahaya dan berbisa. Ini bukan soal bahaya atau tidak tapi soal pelajar jadi trauma dengan ular.

SAMM mahu APM akui kesilapan dan mohon maaf secara terbuka terhadap pelajar dan keluarga yang terlibat.

Mujur Video ini menjadi viral dan dikecam pengguna Internet, jika tidak pasti latihan seperti ini masih diteruskan.

Walaupun dikhabarkan APM telah menggantung tugas serta merta semua anggota tenaga pengajar yang terlibat sehingga siasatan dalaman selesai.

Namun masalah pelajar kini trauma bukan mudah untuk diubati.

Semoga ia menjadi pengajaran kepada tenaga pengajar berkenaan dan APM sendiri agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.


FAISAL ZAINAL penyelaras muda Solidariti Anak Muda Malaysia.

Lihat Komen
ADS