Setiap insan mesti hidup mengikut undang-undang di mana juga bumi itu dipijak. Tidak seorang pun yang berkedudukan lebih tinggi daripada undang-undang.

Namun demikian, satu persoalan timbul apabila perkara yang tidak diduga berlaku di Perlis di mana seorang rakyat biasa dihukum dipenjarakan 14 hari kerana tidak menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Isunya di sini bukannya hukuman yang di jatuhkan tetapi implikasi hukuman yang dikenakan terhadap seseorang yang benar-benar hidup dalam kesukaran.

Bukan semua manusia faham akan peraturan undang-undang, tetapi setiap manusia faham bahawa undang-undang itu perlu diselengarakan mengikut kehendak pada waktu dan keadaan semasa.

Rakyat jelata tidak mengerti kekecohan untuk mendapatkan keadilan, namun seluruh ahli politik harus sedar bahawa mereka diberi kepercayaan untuk mentadbir negara ini, bukannya mengunakan kekuasaan atau kepercayaan mengikut naluri rasa marah dan angkuh.

Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Tidak seorangpun kebal kecuali yang Maha Berkuasa sahaja.

Peristiwa ini telah menonjolkan satu lagi kecacatan kerajaan yang diamanatkan oleh rakyat untuk mentadbir negara. Kini rakyat Malaysia sentiasa di belakang mangsa yang teraniaya. Dan adakah ini yang kita laungkan negara Islam Hadhari?