Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Pasca Perhimpunan Agung Umno 2016 menyaksikan parti itu terus berdrama mempertahankan ketuanan Melayu sebagai sentimen utama demi mempertahankan 'ketuanan kleptokrat' yang sedang mentadbir negara.

Berdekad lamanya golongan kleptokrat menggunakan kuasa politik untuk merompak hak rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka.

Hebat tak hebat Najib Razak, beliau dengan jayanya menutup penglihatan anggota Umno seluruh negara dengan meniup sentimen Melayu dan Islam daripada melihat kebobrokan.

Kedudukan Umno yang semakin tergugat saban hari menyebabkan tindakan terdesak yang memperalatkan sentimen perkauman dan agama sebagai senjata dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketuanan kleptokrat inilah yang sedang merosakkan Melayu dan Islam. Mereka bercakap atas masalah yang mereka sendiri ciptakan atas tujuan politik sempit.

Justeru, rakyat perlu sedar bahawa pertembungan pada PRU14 adalah pertembungan parti kleptokrat dan parti antikleptokrat.

Lihat Komen
ADS