Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Merujuk kepada gangguan bekalan air pada 19 Disember 2016 kerana kerja-kerja penyenggaraan TNB di pencawang Bukit Badong, banyak jadual bekalan air serta info grafik tidak rasmi mengenai perkara ini sedang tersebar luas di media sosial.

Pengguna dinasihati untuk merujuk kepada “Jadual Bekalan Air” rasmi yang yang disiarkan di laman web www.syabas.com.my, di aplikasi telefon pintar mySYABAS, akaun Facebook Air Selangor dan Twitter air_selangor.

Jadual Bekalan Air terancang akan dilaksanakan dari 19 sehingga 24 Disember 2016 mengikut 2 zon.

Kami ingin memaklumkan sekali lagi bahawa bekalan air berjadual perlu dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan sepenuhnya bekalan air ke semua kawasan, terutamanya kawasan di hujung sistem agihan air dan tanah tinggi yang biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan bekalan air.

Pemulihan secara berjadual ini juga dapat membantu kami menguruskan penghantaran lori tangki air dengan lebih berkesan mengikut zon.

Kami percaya dengan inisiatif-inisiatif ini, proses pemulihan bekalan air boleh dipercepatkan dan bekalan air boleh pulih sepenuhnya sebelum 24 Disember 2016.

Bagi kawasan di Zon 1, air akan dibekalkan mulai jam 4 petang pada 20 Disember 2016 dan dihentikan mulai 9 pagi pada 21 dan 22 Disember 2016.

Air akan dibekalkan semula mulai jam 4 petang pada 23 dan 24 Disember 2016.

Bagi kawasan di Zon 2, air akan dibekalkan mulai 4 petang pada 21 dan 22 Disember 2016 serta dihentikan keesokan harinya mulai jam 9 pagi pada 23 dan 24 Disember 2016.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Lihat Komen
ADS