Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengeboman udara dan serangan darat ke atas Bandaraya Aleppo,Syria menyaksikan kematian dan penderitaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kini, masih terdapat puluhan ribu lagi rakyat Aleppo termasuk yang cedera dan yang cuba melarikan diri tetapi terperangkap. Antaranya bayi, kanak-kanak, dan warga tua.

Mereka kesejukan dengan suhu di bawah 5 darjah celsius - tidur di tepi-tepi jalan menunggu pasukan pembantu.

Puluhan ribu telah tiba di sempadan Turki selepas mengalami perjalanan yang sukar dan menakutkan. Namun, kemudahan dan peralatan untuk mereka sangat tidak mencukupi.

Yayasan Darul Hijrah (YDH sebagai pertubuhan berdaftar) sejak dulu, Alhamdulillah berterusan melaksanakan misi kemanusiaan untuk rakyat Syria.

Tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad.

Kami bekerjasama dengan Omari Society For Orphan yang beribu pejabat di Gaziosmanpasa, Istanbul, Turki. Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.

YDH menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dapat bersama YDH dan Omari Society For Orphan (www.omariorphan.com) bagi menghulurkan apa jua bantuan untuk Rakyat Syria yang sedang menderita atas perang yang ditimpakan ke atas mereka.

Hulurkan segera sumbangan/infaq/zakat untuk Tabung Bantuan Kecemasan Syria di Hatiku.

Bantuan anda sangat besar maknanya untuk saudara kita di Syria. Sumbangan Tuan/Puan akan digunakan khusus untuk membeli makanan,ubatan,selimut, baju sejuk, dan khemah buat mereka.

Sumbangan boleh disalur ke akaun:
Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Mohon maklum setiap sumbangan via whatsapp 018-359 0403 dan email ke [email protected] untuk urusan resit dan audit.

Moga sedikit amal jariah meringankan kesusahan saudara kita diterima Allah SWT sebagai amal soleh kita yang paling ikhlas.


Datuk Husam Musa, adalah Pengerusi Kehormat, Yayasan Darul Hijrah

Lihat Komen
ADS