Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
AMK tawar bantuan pada pengundi Duyong
Diterbitkan:  Feb 13, 2017 3:42 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

AMK Melaka melahirkan kekesalan terhadap tindakan empat orang wakil rakyat yang meninggalkan DAP semalam atas sebab hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang kononnya menyimpang daripada perjuangan asal.

Ketika rakyat memerlukan suara pembangkang yang kuat untuk membantah sikap kerajaan yang tidak prihatin akan nasib rakyat, tindakan mereka hanya dilihat sebagai cubaan mensabotaj pergerakan Pakatan Harapan sebagai kerajaan dalam penantian.

Rakyat saban hari dihimpit oleh kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi, dakwaan skandal melibatkan jumlah wang rakyat pada skala yang besar seperti 1MDB dan Felda, kepincangan pentadbiran tanpa mengangkat tata kelola yang baik, persempadanan semula yang berat sebelah dan amalan rasuah yang semakin berleluasa.

AMK juga membangkitkan persoalan mengapa bertindak keluar sekarang? Apakah ada motif di sebalik tindakan keluar DAP, parti komponen HARAPAN ketika gendang PRU14 semakin kuat?

Kami percaya apa pun alasan mereka, kini pilihan hanya dua iaitu sama ada memilih bersama pembawa obor harapan rakyat atau bersengkokol dengan Umno-BN yang dikaitkan dengan amalan rasuah.

AMK Melaka bersedia bergerak membantu pengundi-pengundi di kawasan Duyong, kawasan ADUN yang keluar DAP, bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat yang berbangkit di kawasan itu.

AMK Melaka juga percaya rakyat dahagakan perubahan dan ingin bersama dengan arus perubahan demi menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman kleptokrat.

Tindakan keluar keempat-empat wakil rakyat bukan sahaja akan mengukukuhkan lagi pakatan pembangkang tetapi membersihkan mana-mana pihak yang cuba menggugah kesepaduan HARAPAN.


NAQIUDDIN NAZRIN timbalan ketua Pemuda PKR Melaka.

Lihat Komen
ADS