Paling Popular
Terkini

Kredibiliti seorang pemimpin adalah kualiti dan kekuatan untuk meraih kepercayaan.

Kami akui kami bukannya anak muda yang hidupnya 'berkualiti tinggi', berkehidupan mewah berkereta besar ke sana sini mengusung fail projek cecah ratusan ribu dan jutaan ringgit.

Kami juga bukanlah menteri, senator, pengerusi GLC dan sebagainya.

Kami hanyalah anak muda yang terpanggil untuk memberi sedikit sumbangan dalam usaha untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari pemerintah yang korup.

Kami bersyukur pada Allah SWT, dengan kekuatan dan kudrat kurniaanNya, walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang datang tanpa henti, ARMADA tetap utuh dan teguh.

Istiqomah dalam perjuangan menentang kemungkaran pemimpin parti pemerintah dengan menghadapi pelbagai tekanan dan dugaan, mungkin inilah secebis kualiti yang mampu dibanggakan pada anak cucu kami kelak.

Berdasarkan pengalaman tidak seberapa dalam mengemudi ARMADA peringkat negeri, sehingga ke hari ini tiada sesen pun diberikan pada sahabat-sahabat ARMADA yang sentiasa komited dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Di era dedak berleluasa dan menjadi trend ahli parti pemerintah dengan ayat standad, 'takkan takde masyuk?' - ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan namun berjaya!

Berbekalkan api semangat juang yang tak kunjung padam untuk menumbangkan rejim korup dan iltizam membina negara yang lebih baik, inilah kekuatan ARMADA untuk meraih kepercayaan rakyat.

Tanya Annuar Musa, apakah kredibiliti Najib Razak dalam meleraikan segala persoalan dan tuduhan penyelewengan berbillion ringgit duit 1MDB yang dikaitkan dengan diri dan keluarganya?

Apakah terus menerus melarikan diri dari berhadapan kebenaran mampu meraih kepercayaan rakyat?

Sekali lagi, Najib Razak dijemput hadir ke Nothing To Hide 2.0!


Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh adalah Ketua ARMADA PPBM, Perak.

Surat ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS