Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tempoh tiga hari yang diberikan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak atas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa wujudnya RM230 juta dalam akaun Datuk Seri Zahid Hamidi ketika bergelar ketua pemuda Umno, telah berakhir.

Baik Mahathir mahupun Zahid, kedua-duanya masih belum dipanggil SPRM untuk memulakan siasatan.

Tidak mahu kredibiliti SPRM terus-terusan dipertikai seolah-olah hanya bertindak ke atas kes-kes tertentu sahaja, Pemuda AMANAH akan berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada SPRM Putrajaya pada 14 Ogos 2017 jam 11.30 pagi.

Memorandum tersebut bertujuan menuntut jawapan yang telus dan terbuka daripada pihak SPRM.

Lebih penting, kita mahu tahu bila siasatan ke atas dakwaan RM230 juta ini akan dimulakan.

Sebagai agensi paling berautoriti memerangi rasuah, penting untuk SPRM dilihat serius dalam setiap kes yang dilaporkan media.

Bagi sebuah negara yang berteraskan kedaulatan undang-undang pula, kita tidak harus membenarkan sesiapa jua - baik yang kaya mahupun berkuasa - untuk melampaui undang-undang.

Benar, siasatan ke atas kes ini akan menjadi kayu ukur sejauh mana kita benar-benar menjunjung teras utama negara.


SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN naib ketua Pemuda AMANAH.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan organisasinya serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS