Pemberian kontrak bagi membina enam buah kapal oleh PSCI telah saya duga akan menuju kepada kegagalan. Ini kerana telah banyak projek-projek penswastaan yang telah gagal dan pembinaan kapal oleh PSCI adalah salah satu contoh yang amat nyata dan terang.

Sebagai sebuah negara yang baru sahaja belajar untuk membuat kereta dan masih memerlukan perlindungan kerajaaan bagi memastikan kelangusngan hidupnya, maka pembinaan kapal perang bagi kegunaan tentera laut oleh syarikat tempatan adalah keputusan yang tidak elok oleh kerajaan tanpa menilai kemampuan syarikat ataupun yang lebih tepat usahawan yang diberikan tanggungjawab untuk membinanya.

Pembinaan kapal perang oleh usahawan yang tidak mempunyai selok belok pembuatan kapal samalah seperti memberi cek-kosong untuk dibelanjakan.

Sebenarnya, apa yang berlaku di dalam pembuatan kapal tersebut adalah kerana salah urus/takbir syarikat yang mana tumpuan lebih diberikan bagaimana ingin memperkayakan diri sendiri lebih daripada ingin membina dan memajukan industri maritime itu sendiri.

Kebanyakan kegagalan program pengswastaan yang berlaku adalah salah urus/takbir oleh mereka yang diamanahkan untuk memajukan syarikat yang telah diswastakan itu. Jika kerajaan telus untuk menghapuskan amalan yang tidak baik ini, maka siasiatan harus dilakukan ke atas pengurusan 'senior' syarikat tersebut yang mana kebanyakannya hanya mengikut sahaja kemahuan 'si tauke'.

Bagi mengaut keuntungan secepat mungkin, para usahawan yang diberikan amanah akan memcari jalah bagaimana untuk menyalurkan wang dari aktiviti penswastaan tersebut kepada agenda memperkayakan diri sendiri, keluarga dan ahli-ahli politik yang berkaitan dengan projek penswastaan tersebut.

Kebanyakan usahawan-usahawan segera yang telah dihidangkan dengan makanan berzat ini akan melahap hidangan tersebut dengan memberikan peralatan dan 'service' yang 'sub-standard' atau memanupulasi projek penswataan tersebut dengan ratah.

Oleh kerana itu, kita akan lihat projek-projek penswastaan tidak akan kekal lama dan akan bertahan dalam masa lima hingga10 tahun sahaja sebelum diambil semula oleh kerajaan atau pun di 'bail out' oleh KWSP atau agensi-agensi kerajaan yang mempunyai wang (Petronas).

Oleh itu, sesuatu projek yang hendak diswastakan itu perlu dikaji dahulu dan mereka yang akan diberikan amanah untuk memajukannya perlulah berdasarkan 'merit' dan bukannya berdasarkan kronisme.

Jika gejala-gejala seperti ini tidak dibendung, maka saya berpendapat Malaysia pada tahun 2020 nanti akan menjadi negara bankrap seperti Argentina.