Mari perbanyak koleksi Malaysia di muzium Moscow

   

Di Moscow ada Muzium Negara Seni Bangsa-bangsa Timur yang merupakan salah satu institusi budaya pendidikan terbesar Persekutuan Rusia.

Muzium Negara Seni Bangsa-Bangsa Timur ditubuhkan pada tahun 1918 dan menyimpan barang pameran daripada 100 negara termasuk negara-negara Asia Tenggara.

Bangunan dibina dalam gaya klasisisme oleh arkitek Itali Zhilyardi. Selama hampir 100 tahun sejarahnya muzium itu dikenali dengan beberapa nama: "Muzium Seni Asia" (1918-1925), Muzium Negara Kebudayaan Oriental (1925-1962), Muzium Negara Rakyat Oriental (1962-1992), dan nama moden - sejak tahun 1992.

Kini muzium dibuka dan berfungsi untuk pameran seni tetap dari China, Korea, Jepun, Asia Tenggara, Asia Tengah dan Kazakhstan, Kaukasia, Tibet, Buryatia, Mongolia, India, Iran dan pameran lukisan oleh Nikolai dan Svyatoslav Rerikh (lebih daripada 160,000 unit).

Cuma malangnya koleksi dari Malaysia sedikit saja.

Seboleh-bolehnya penulis cuba menambah koleksi itu dengan menyumbangkan beberapa helai batik (dari Kelantan dan Terengganu), kain pua kumba dari Sarawak, sebilah keris dari Kelantan, pasangan baju Melayu dengan kain samping daripada songket yang pernah menerima bersama dengan Anugerah NUMERA pada tahun 2014.

Baru-baru ini usaha itu diteruskan oleh Professor Tatiana Denisova dari UTM yang menyerahkan songket kebaya labuh dan Puteri Zarith Gangga kepunyaan Raja Nazhatul Shima Idris yang sudi menyumbangkan pakaian peribadinya kepada muzium tersebut.

Langkah mulia yang patut dipuji!

Mari bersama-sama melalui sumbangan kita perbanyak koleksi Malaysia di Muzium Negara Seni Bangsa-bangsa Timur di Moscow!


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

VOIZ

Berita Terhangat