Paling Popular
Terkini

Saya selaku Ahli Parlimen Kapar mewakili warga Kapar dan Selangor ingin merakamkan sokongan saya secara mutlak terhadap inisiatif NGO - NGO masyarakat India dan individu yang telah menyeru supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi cuti tambahan sempena sambutan Hari Deepavali 2017.

Hari Deepavali 2017 jatuh pada tarikh 18 Oktober 2017, iaitu hari Rabu. Terdapat permintaan agar 19 Oktober 2017, iaitu hari Khamis dijadikan cuti umum.

Perkara ini wajar dibawa ke perhatian DYMM Sultan Selangor untuk mendapat perkenan daripada baginda. Saya dengan penuh harapan, mengharapkan Dato Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk memberi perhatian yang khusus mengenai perkara di atas.

Pada 15 Oktober 2017, Dato Menteri Besar, akan berada di perkarangan Tengku Kelana, Klang sempena Sambutan Deepavali Negeri Selangor.

Medan tersebut wajar digunakan oleh Menteri Besar dalam ucapan rasmi beliau untuk mengumumkan cuti khas Deepavali 2017 Negeri Selangor.

Saya juga difahamkan bahawa sekumpulan NGO - NGO masyarakat India dan individu akan menghantar memorandum kepada Menteri Selangor pada 13 Oktober 2017. Saya berharap penyerahan memorandum ini akan berlangsung dengan cara yang terbaik dengan satu harapan yang terbuka.

Kerajaan Pusat gagal melaksanakan sekian lama, sebaliknya kerajaan negeri Selangor wajar menunjukkan keprihatinan terhadap ratusan ribu masyarakat India yang komited terhadap pentadbiran kerajaan negeri Selangor.


G MANIVANAN adalah Ahli Parlimen Kapar mewakil PKR.

Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS