Surin Pitsuwan negarawan yang dihormati

   

BELANGSUNGKAWA I Dengan penuh perasaan dukacita, kami selaku Jawatankuasa Penganjur dan Kurator Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara telah menerima khabar tentang pemergian Dr Surin Pitsuwan petang tadi.

Allahyarham Dr Surin Pitsuwan, seorang anak keturunan Melayu yang berasal dari Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand merupakan seorang negarawan dan diplomat yang amat dikagumi di Asia Tenggara dan di mata dunia.

Dr Surin Pitsuwan telah diundang sebagai tetamu kehormat di Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara dan telah bersetuju untuk tampil di sesi perbualan istimewa yang bertajuk Semangat Samudera - Malay Culture and Language Across Borders.

Sepanjang hayat beliau, Dr Surin Pitsuwan dikenali sebagai seorang yang penuh semangat dan buah fikiran serta teguh pendiriannya tentang keamanan dan hak asasi manusia.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat rantau Asia Tenggara dan juga dunia.

Kami ingin mengucapkan sedalam takziah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat beliau.

Jasa beliau akan sentiasa dikenang.


AMIRUDIN SHARI ialah Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara 2017.

EDDIN KHOO ialah Kurator Utama PUSAKA.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.