Usaha hantar penggiat seni tunai umrah diteruskan

   

Insya-Allah, Umrah Penggiat Seni (Veteran) yang ideanya dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghantar lebih ramai penggiat seni ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Usaha tersebut adalah susulan kejayaan menghantar seramai 23 penggiat seni antaranya Hamid Gurkha, Aida Agil dan Baharuddin Kahar serta ramai lagi sejak 26 Januari yang lalu dan mereka semua selamat tiba di tanah air, kelmarin.

Selain itu, penggiat seni lain yang terlibat ialah Ibnor Riza, Sulaiman Yassin, Zaiton Sameon, Zaharah Mohd Yacob atau Sahara Yaacob dan Zaleha Hamid.

Alhamdulillah, program dengan kerjasama Yayasan Mustika Kasih itu berjaya memberi peluang kepada penggiat seni veteran menunaikan ibadah tersebut.

Saya sempat berseloroh dengan Pak Hamid Gurkha dengan mengatakan akan memanggil beliau sebagai Pak Hamid Mekah selepas ini, sebagai ganti kepada gelarannya sebelum ini.


Datuk Rizal Mansor merupakan Pengerusi Yayasan Perdana Ummah

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.