Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sering kali kedengaran kritikan mengenai kebersihan di tandas dan bilik mandi masjid. Ia dikatakan kotor dan tidak terurus. Dan yang menjadi kambing hitam dalam perkara ini ialah pihak pengurusan masjid serta surau terutamanya para siak.

Mengapa suka menyalahkan tok siak sedangkan kita tahu adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memakmurkan masjid atau surau serta menjaga kebersihannya.

Tambahan pula dengan kedatangan Ramadan dan Syawal, lebih ramai umat Islam akan menjadikan masjid serta surau sebagai tempat beribadah dan persinggahan.

Berikut ialah beberapa panduan jika kita inginkan masjid yang sentiasa ceria, bersih dan selamat:

  1. Jangan jadikan masjid dan surau sekadar tempat untuk kita buang air apabila dalam perjalanan. Ketika menggunakan tandas atau bilik air, bersihkanlah bilik air yang digunakan dengan menyiram sedikit lantainya.

  • Selepas itu tunaikanlah solat sunat tahiyyatul masjid dan carilah tabung masjid dan berilah sumbangan yang kita mampu.
  • Jangan jadikan masjid dan surau tempat membuang sampah.
  • Jangan jadikan masjid dan surau tempat rekreasi dan lawatan semata-mata. Apabila kita singgah masjid dan surau jangan jadikan ia tempat anak-anak kita bermain-main di dalam dan di luar masjid.
  • Apa salahnya kita yang sihat ini membersihkan sedikit kawasan masjid dan surau walaupun ia bukan masjid kariah kita kerana masjid di seluruh dunia ini adalah rumah Allah.
  • Untuk mengelakkan kecurian barangan masjid dan surau, umat Islam hendaklah sentiasa memakmurkan masjid dengan solat waktu, solat sunat dan sebagainya.
  • Menjelang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama memakmurkan dan membersihkan masjid. Selamat menunaikan ibadah puasa.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    ADS