Demokrasi ala-Malaysia, panjangkan tempoh berkempen
Demokrasi ala-Malaysia. Kita diberikan tempoh berkempen lapan hari sahaja menjelang pilihanraya umum atau pilihanraya kecil? Tempoh itu sangat singkat dan tidak wajar.
Sedangkan pada zaman penjajah dulu, sewaktu pilihanraya tahun 1955, tempoh berkempen yang diberikan oleh pihak British ialah 43 hari. Malangnya, apabila negara sudah merdeka, kerajaan yang memerintah, memendekkan tempoh berkempen. Mengapa?
Adakah kerajaan Barisan Nasional takut kehilangan kuasa. Dari aspek ini, saya merasakan kerajaan British lebih mesra rakyat dan lebih prihatin kepada hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi?
Adakah menyekat proses demokrasi ini sesuatu yang baik? Mungkin sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula peraturan berkempen yang sudah tidak relevan itu.
Tiada apa yang perlu dibimbangkan jika tempoh berkempen lebih lama diberikan. Rakyat negara ini sudah matang, bukan sahaja celik IT, malah sudah celik politik.
Dalam menuju status negara maju, proses demokrasi juga perlu disuburkan.

