Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Dulu kata BERSIH bebas pengaruh pembangkang tapi...

Tembelang dan penipuan puak-puak macai pembangkang dari DAP, PKR makin hari makin terserlah nampaknya.

Dulu kata BERSIH bebas pengaruh pembangkang tetapi hari ini pengerusi NGO itu, Maria Chin diberikan kerusi untuk bertanding di kerusi selamat pada PRU14.

Masakan secara tiba-tiba Maria mendapat tempat istimewa di hati meerka kalau bukan kerana 'sumbangan' beliau dalam merencanakan fitnah terhadap Umno, BN dan juga SPR selama ini.

Begitu juga dengan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang kononnya selama ini badan pemikir bebas tetapi hari ini CEO-nya, Wan Saiful Wan Jan pula menyertai BERSATU.

Kalau selama ini analisisnya dianggap hebat dan mahu membuka mata rakyat, tetapi hari ini semua tahu Wan Saiful hanya macai pembangkang untuk menjadi alat propaganda memburuk-burukkan kerajaan sedia ada.

Wahai rakyat Malaysia terutama orang Melayu, lakonan dan tembelang pembangkang kini sudah pecah dan nilaikanlah sebaik-baiknya untuk mengundi pada PRU14 akan datang.

Itu belum termasuk dulu pembangkang maki, cerca Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi hari ini mereka angkat beliau sebagai insan suci lagi maksum selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hipokrit, penipu dan kaki kelentong, itulah tiga perkataan paling sesuai untuk menjadi label atau jenama Pakatan Harapan kali ini.


DATUK RIZAL MANSOR ialah pembantu khas perdana menteri.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS