Surat Malaysiakini

Tahniah buat Masjid Sungai Plong dan JAIS

Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Kejadian seekor babi hutan tersesat dan masuk ke Masjid Sungai Plong di Sungai Buloh, Selangor telah menyebabkan beberapa orang tercedera.

Ia juga menyebabkan berlakunya pencemaran di dalam masjid.

Berdasarkan laporan, terdapat kesan darah babi yang terpalit pada dinding masjid tersebut.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ingin mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan masjid yang mengambil langkah segera mencuci melakukan proses sertu di masjid tersebut.

Pastinya umat Islam menekankan kesucian dalam melaksanakan ibadah.

Perkara-perkara yang tidak suci dan dianggap najis boleh membatalkan ibadah atau menjadikan ibadah tidak sempurna.

PUM memuji tindakan jemaah yang bersedia menyumbang untuk menukar karpet baru dengan kos yang ditanggung oleh penyumbang tersebut.

Sudah tentu dengan tindakan yang diambil tersebut akan membuatkan para jemaah yakin serta tidak was-was dalam melaksanakan ibadah di masjid berkenaan.

PUM turut memuji tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memberikan nasihat segera serta bersesuaian kepada pihak masjid.

Penglibatan agensi-agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, ahli kariah dan masyarakat menunjukkan betapa umat Islam boleh bersama dan bersatu dalam melakukan hal yang makruf.

Semoga umat Islam terus memakmurkan masjid dan menjadikan masjid sebagai tempat titik tolak kepada kesatuan ummah.


SHEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR ialah yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia.

Rencana ini adalah pandangan penulis atau pertubuhan yang diwaikilinya. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.