Paling Popular
Terkini
story images
story images

Sudah tidak terkira berapa banyak pusingan U telah dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad.

Lebih mengagumkan kali ini Mahathir bertindak menggunakan logo DAP sebagai tiket untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Terang-terangan bercanggah dengan apa yang dipertahankan sebelum ini, ia boleh diibaratkan seperti menjilat ludah sendiri.

Apabila parti setahun jagung seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terkubur dan gagal dipertahankannnya, dengan mudah dan suka relanya Mahathir berganding bahu dengan DAP semata-mata ingin menang dalam PRU14 akan datang.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Mahathir sebenarnya terdesak dan gila kuasa.

Tindakan yang dilakukan oleh Mahathir sangatlah memalukan! Sedangkan beliau sendiri sedia maklum matlamat DAP sangat lari daripada perjuangan ahli BERSATU.

Persoalannya mengapa Mahathir tidak menggunakan logo rakan sekutu yang lain seperti PKR dan AMANAH?

Atau sebenarnya awal-awal lagi Tun Mahathir tahu bahawa pengundi Melayu tidak akan menggundinya dalam PRU14.

Jadi apabila Mahathir menggunakan logo DAP secara tidak langsung peluang ini yang diambil untuk menarik undi dan menagih simpati dari pengundi Cina.

Setelah bertahun-tahun Mahathir memburuk-burukkan, menghina dan mengutuk DAP. Namun, kini sebaliknya pula yang berlaku. Ada lebih baiknya Mahathir isi borang untuk menyertai DAP terus!

Jadi jelas ini menunjukkan Mahathir tidak mempunyai pendirian yang tetap dan sentiasa keliru dengan prinsip yang dipegangnya selama ini. Inilah namanya Melayu mudah lupa!

Hakikat yang perlu kita ketahui apa yang dilakukan oleh Mahathir adalah semata-mata ingin mengejar kuasa dan nama. Pemimpin seperti inikah yang ingin kita angkat sebagai ketua?

Saya harapkan rakyat dapat membuat keputusan yang lebih bijak sama ada terus menyokong pemimpin seperti ini atau sebaliknya.

Dan sebelum saya terlupa, Datuk Seri Nazri Aziz sudah membuat pemohonan maaf kepada Sultan Johor, jadi bila pula Mahathir ingin meminta maaf kepada Sultan Johor?


DHIA HANI Adalah Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS