Wakil BN, bukan wakil rakyat
Adakah kita sebenarnya mempunyai wakil rakyat? Atau erti dan istilah 'wakil rakyat' itu sebenarnya hanya khayalan kosong sahaja.
Jika dilihat di negara-negara lain seperti Britain, US dan EU, malah di negara jiran kita, Indonesia, ahli Parlimen mereka benar-benar wakil rakyat.
Ahli Parlimen akan menyokong atau menentang sesuatu undang-undang atau isu berasaskan kehendak pengundi-pengundi mereka.
Sebaliknya di negara ini, istilah wakil rakyat tidak bermakna kerana mereka sebenarnya wakil BN, wakil Umno. Walaupun dalam isu yang mempunyai kepentingan rakyat umum, "wakil rakyat" kita akan membelakang kepentingan pengundi-pengundinya jika itu kehendak parti.
Dalam ertikata sebenarnya, kita tidak ada wakil rakyat di Parlimen, yang ada hanya wakil BN. Mereka menjaga kepentingan sendiri.
Saya bersetuju dengan pandangan sebelum ini bahawa propaganda kerajaan selama ini telah membonzaikan pemikiran rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu.

