Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Bimbang keselamatan, aktivis pro-Umno mahu lapor PBB

Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (Gaum) secara rasminya akan dibubarkan hari ini membabitkan peringkat seluruh Malaysia.

Gaum adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) diasaskan pada tahun 2015.

Sebagai warganegara Malaysia yang berhak bersuara dan dilindungi oleh perlembagaan negara Malaysia, saya juga ingin menegaskan dan memberikan amaran telah mengumpulkan panel peguam bagi tindakan menyaman individu yang cuba menyerang, memfitnah dan menakut nakutkan saya, keluarga dan ahli-ahli saya selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya.

Saya juga akan membuat laporan secara rasmi kepada pihak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk melihat masa depan aktivis masyarakat seperti kami, yang berlawanan arus dengan Pakatan Harapan agar keselamatan kami dapat terus terjamin dan kebebasan bersuara dapat dipelihara sepenuhnya di Malaysia.

Saya masih beranggapan sistem keadilan di Malaysia masih dalam keadaan normal dan bebas dari campur tangan pihak ketiga.

Saya juga menggesa pimpinan Pakatan Harapan termasuk sekutu Pakatan Harapan iaitu Parti Warisan di Sabah agar dapat menghormati pihak lawan mereka secara berhemah dan dapat menasihati ahli-ahli mereka untuk tidak membuat provokasi yang melampau terhadap pihak lawan mereka.

Sebagai salah seorang bekas pejuang reformasi terlatih terdahulu, saya bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang negara sekiranya saya didapati bersalah.

Saya sama sekali tidak pernah gentar berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sedia ada di Malaysia dan akan sentiasa bersedia dengan kumpulan panel peguam saya.

Namun saya tetap berharap agar undang-undang di Malaysia perlu dikehadapankan dengan telus dan adil.


DATUK ZULKARNAIN MAHDAR aktivis politik bebas.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS