Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan ditambah baik

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas pelantikan saya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang diumumkan semalam.

Saya menerima pelantikan ini dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah diri.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menerajui kementerian ini.

Saya menganggap kepercayaan yang diberikan oleh perdana menteri ini sebagai wadah terbaik untuk berbakti kepada seluruh rakyat bagi memastikan mereka menikmati taraf dan kualiti hidup yang lebih baik.

Saya akan meneliti segala dasar dan pelaksanaan kementerian terlebih dahulu sebelum mengumumkan penambahbaikan yang akan dibuat untuk memastikan bidang pertanian dan perikanan mampu memberi sumbangan besar kepada negara.

Insya-Allah amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh perdana menteri ini akan saya galas dengan sebaik mungkin.


SALAHUDDIN AYUB ialah timbalan presiden AMANAH serta anggota parlimen Pulai. Beliau dipilih menjadi menteri semalam.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS