Paling Popular
Terkini
story images
story images

Saya nak berikan menegur secara tegas pada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng berkata, parti komponen BN sepatutnya mengadakan mesyuarat dalam kadar segera untuk menyingkirkan Umno daripada parti itu.

Pada hemat saya, beliau dalam "denial sindrom" atau bercakap tidak menggunakan akal tetapi emosi dalam mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak itu.

Sebelum nak mencadang atau nak keluarkan kenyataan beliau harus mengkaji dan menilai sendiri kekuatan parti Gerakan pada PRU14 lalu yang parti beliau hanya mendapat satu kerusi sahaja.

Saya nak maklum pada beliau, untuk maklumat, Umno berjaya mempertahankan 55 kerusi parlimen sekali gus pemegang kerusi terbanyak sebuah parti politik dalam parlimen.

Pada timbalan ketua Pemuda Gerakan, sebelum nak buat kenyataan cermin dahulu kedudukan sokongan rakyat pada parti anda dahulu sebelum nak buat cadangan yang nampak kurang bijak.

Bagi Umno, parti ini masih berpegang pada konsep setiakawan dalam parti komponen.

Walaupun parti daripada Sarawak mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bawah Pakatan Harapan, sebagai team player BN, kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah dijalinkan semasa bersama BN.

Kami yakin suatu hari nanti kita akan bersama kembali.

Kami tahu keputusan dibuat oleh kerajaan Sarawak atas kepentingan rakyat Sarawak dan BN menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat.

Saya sedia bertemu empat mata dengan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Sdr Andy Yong Kim Seng dalam isu yang dibangkitkan oleh beliau untuk cari jalan penyelesaian.

Ini adalah masa untuk BN bersatu bukan masa untuk mencari kesalahan antara satu sama lain.

Bagi saya ini adalah masa untuk mencari titik penyatuan, menilai dan memahami apa erti sebenar setiakawan BN.


DATUK ARMAND AZHA ABU HANIFAH ialah calon anggota Majlis Tertinggi Umno.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS