Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Pemilihan presiden Umno peluang untuk tolak politik wang

Pengumuman Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah utk bertanding jawatan Presiden Umno dialu-alukan. Ia merupakan satu langkah untuk memberi pilihan kepada anggota Umno buat julung kalinya sejak 1987 memilih presiden mereka.

Anggota Umno diberi pilihan untuk memilih presiden mereka pada kali terakhir adalah pada 1987. Ketika itu pilihan yang ada adalah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh.

Apabila presiden acapkali tidak melalui proses pemilihan, maka beliau tidak lagi perlu berdisplin. Kerana tindak-tanduknya tidak lagi boleh dinilai oleh anggota parti. Ini perlu dielakkan agar parti terus malar dan bersih kepimpinannya.

Dan hari ini, anggota Umno berpeluang untuk kembali memilih memandangkan jawatan presiden tidak dipertandingkan semenjak itu, yang merupakan ciri-ciri parti yang tidak sempurna.

Seolah-olah demokrasi tidak wujud. Akhirnya presiden tidak boleh ditegur dan kekebalan itulah menjadi punca kepada kekalahan Umno. Institusi presiden yang diwarisi semenjak itu perlu diperbetulkan dan hari ini, anggota Umno diberikan hak semula untuk memilih.

Ia merupakan satu kemenangan kepada demokrasi parti. Pertamanya anggota Umno di seluruh negara akan berpeluang untuk menafikan politik wang. Kedua ia memberi ruang untuk kita mengangkat yang terbaik di kalangan kita.

Jadi saya pohon anggota di seluruh negara untuk menggunakan peluang ini mengangkat pemimpin yang paling berwibawa utk menjadi pembangkang dan bersama-sama dengan rakyat menjadi mata, telinga dan suara mereka.

Jawatan presiden yg tidak dipertandingkan ini merupakan amalan buruk yang diwarisi dari presiden parti bermula pada 1987.


BASTIEN ONN merupakan ketua Pemuda Umno Segamat dan akan bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno.

Lihat Komen
ADS