Paling Popular
Terkini

Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memperkenan untuk melantik YAB Tuan Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor yang ke-16.

Keputusan ini perlu disambut baik dan didukung oleh semua pihak khususnya para pendukung perjuangan Pakatan Harapan.

Perbezaan pendapat sebelum keputusan adalah perkara biasa. Namun perbezaan selepas keputusan dibuat akan mencacatkan imej Pakatan Harapan di mata rakyat.

Semua pihak perlu berlapang dada dan hentikan perbalahan. Fokus utama adalah untuk memperkasakan pentadbiran negeri demi rakyat.

Adun Ijok YB Dr Idris Ahmad adalah tokoh politik senior yang mesti dilibatkan untuk memperkukuh pentadbiran negeri Selangor.

Sesungguhnya ketokohan beliau perlu digandingkan dengan tenaga muda untuk memacu kecemerlangan.

Menteri besar Selangor yang baru juga perlu diberi ruang untuk membuktikan keupayaan beliau mampu meneruskan kecemerlangan YAB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Justeru itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Amirudin Shari diatas pelantikan ini. Sesungguhnya sesuatu jawatan adalah amanah dan tanggungjawab yang amat berat.


SYED BADLI SHAH B SYED OSMAN ialah Setiausaha Angkatan Muda PKR Selangor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS