Sidang meja bulat bincang isu kanak-kanak
Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif (PEWANGI) menyambut baik kenyataan oleh Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh Tseow Suan tentang penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan melapor dan membuat cadangan kepada parlimen.
PEWANGI ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga dapat memanggil satu sidang meja bulat bagi membincangkan isu berkaitan kanak-kanak.
Beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kanak-kanak, pakar kanak-kanak dan tokoh-tokoh akademik serta beberapa pihak lain boleh dijemput menyertai sidang meja bulat tersebut.
Beberapa isu berkaitan kanak-kanak boleh dibincangkan antaranya tentang masalah peningkatan kes anak tidak sah taraf.
Selain itu isu-isu penderaan kanak-kanak dan masalah pusat jagaan anak-anak juga boleh dibincangkan dalam sidang meja bulat tersebut.
PEWANGI berharap sidang meja bulat itu dapat memberikan satu penyelesaian lebih konkrit dan praktikal kepada kerajaan untuk mengatasi masalah berkaitan kanak-kanak.
NABILAH SANUSI ialah Presiden Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif (PEWANGI).
Tulisan ini adalah kenyataan akhbar beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.