Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
Jangan pinggir golongan minoriti dalam bidang sukan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan tahniah ke atas perlantikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku menteri belia dan sukan.

Pelantikan Syed Saddiq akan memberi lebih semangat kepada belia-beliawanis di malaysia ia kerana kbs dapat seorang menteri yang muda dan semangat sukan.

Untuk pengetahuan Syed Saddiq dan umum, Parti Tindakan Hak Minoriti (MIRA) yang dahulu dikenali sebagai Newgen Party merupakan rakan strategik Pakatan Harapan yang memainkan peranan penting dalam melindungi dan menjaga hak kaum minoriti di Malaysia.

Kaum minoriti di Malaysia ialah kaum India, Sikh, India Muslim, Gujerati, Sindhi, Baba Nyonya, orang asli, orang Siam dan kaum minoriti yang lain. Saya harap golongan minoriti ini tidak terpinggir pada masa akan datang dan terus memberi peluang dalam bidang sukan di Malaysia.

Golongan ini juga mempunyai kelayakan dan semangat sukan seperti kaum majoriti yang lain.

Saya ingin memberi cadangan kepada Syed Saddiq untuk menubuhkan satu unit khas di bawah Kementerian Belia dan Sukan di setiap daerah untuk mengenal pasti golongan ini kerana kebanyakan mereka duduk di kawasan dalaman dan kawasan luar bandar.

Kami Pemuda MIRA juga akan terus memberi sokongan yang tinggi dalam segala usaha Syed Saddiq untuk majukan sukan negara.


R Vijendran merupakan ketua pemuda Parti Tindakan Hak Minoriti bagi negeri Perak.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS