Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
'Setuju Anwar bertanding jika Wan Azizah beri laluan'

Majlis Pimpinan Negeri PKR Wilayah Persekutuan menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden Parti.

Bagaimanapun, kami tidak bersetuju sekiranya Anwar bertanding mencabar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyandang jawatan presiden ketika ini.

Sekiranya Dr Wan Azizah memberikan laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan tersebut, maka PKR Wilayah Persekutuan akan memberikan dukungan dan sokongan sepenuhnya bagi Anwar mengemudi parti di masa-masa mendatang.

Kami yakin bahawa Anwar akan mampu untuk memimpin dan memperkasakan parti. PKR perlu menjadi teras kepimpinan negara.

Seandainya peralihan kuasa ini berlaku, PKR Wilayah Persekutuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Wan Azizah yang telah berjaya memimpin dan membawa parti ke tahap cemerlang seperti yang dicapai pada ketika ini.

Kepada kedua-duanya, PKR Wilayah Persekutuan akan terus memberikan sokongan padu demi parti, demi rakyat dan demi negara.


Dr Idris Ahmad merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Wilayah Persekutuan.

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis atau organisasi yang diwakilinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS