Paling Popular
Terkini

Serangan bertali arus yang dihalakan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berhubung pertemuan dengan wakil transgender tempoh hari jelas bermotifkan politik dan tidak menggambarkan citra dakwah sebagaimana yang dituntut agama.

Pendekatan ala Taliban yang digerakkan golongan ekstremis ini bukan sahaja langkah yang bersalahan dengan agama, bahkan menjauhkan lagi golongan transgender dengan agama.

Nas agama ditunggang semahunya dengan intonasi keras - melaknat misalnya - seolah-olah mahu mengambil alih kerja Tuhan.

Golongan ekstremis ini sewajarnya malu. Ketika tangan dan lidah mereka begitu lancang menghukum neraka terhadap pihak yang tidak sealiran, muncul pendakwah seperti Ebit Lew yang turun mendekati komuniti transgender dengan mesej kasih sayang.

Institusi-institusi agama disarankan agar mengambil langkah proaktif untuk melahirkan lebih ramai lagi 'Ebit Lew'. Dengan metodologi dakwah yang lebih terbuka, hikmah dan bersahabat, uslub ini jauh lebih baik berbanding sesetengah manusia yang hanya tahu berlagak suci dengan pendekatan 'hollier than thou'.


SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN ialah naib ketua pemuda AMANAH Nasional dan Pengarah Mobilisasi Pemuda HARAPAN Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS