Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seramai 40 penduduk daripada Persatuan Penghuni-Penghuni dan Jawatankuasa Penyelesaian Perumahan Tetap Jinjang Selatan Tambahan Kepong di Kuala Lumpur telah menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat MP Kepong Lim Lip Eng berkenaan masalah perumahan kami.

Kami dengan tegas ingin meminta mengadakan perjumpaan bersama semua penduduk Jinjang Selatan Tambahan di Kuala Lumpur mengenai status pembangunan semula.

Kami amat marah terhadap sikap wakil rakyat kami yang mana Lim tidak penah hadir ke kawasan kami selepas menang dalam PRU14 yang lalu.

Kami minta perjumpaan diadakan sebelum 25 Oktober 2018 jikalau tidak pihak persatuan dan jawatankuasa penduduk akan membawa seramai mungkin berhimpun sekali lagi di pejabat Lim.

Harapan kami adalah Lim dapat menolong rakyat kawasan sendiri jangan sibuk masalah lain kawasan sendiri terbiar.

Penduduk juga kecewa terhadap Lim dan Pakatan Harapan yang sebelum ini berkata akan menjaga hak rakyat malangnya janji tinggal janji.

Mohon pucuk tertinggi DAP mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kami dan juga saya memberi amaran keras kepada semua wakil rakyat Pakatan Harapan yang rakyat telah memilih untuk menjalankan segera kebajikan di kawasan masing masing.

Jika tidak, satu gerakan ke semua parliman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan digerakkan dan diikuti di negeri-negeri lain mengenai tingkah laku wakil rakyat Pakatan Harapan


AMEER KHAN BARGATHALLI ialah Setiausaha Jawatankuasa Penyelesaian Perumahan Tetap Jinjang Selatan Tambahan Kepong, Kuala Lumpur. 

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS