Surat Malaysiakini

Rafizi dijangka kuasai Selangor

Syed Badli Shah Syed Osman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli dijangka akan mendapat jumlah undi yang tinggi di negeri Selangor, seterusnya mengatasi penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setakat ini kesemua 22 cabang di Selangor telah menyatakan sokongan kepada Rafizi.

Rata-rata mereka yang menyatakan sokongan adalah dari kumpulan yang akan bertanding menentang pasukan pro-Azmin di peringkat cabang masing-masing.

Pemilihan fasa pertama peringkat negeri Selangor yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Ia akan menyaksikan pertembungan sengit di 9 dari 22 cabang dan dijangka pasukan pro-Rafizi akan menguasai lebih dari separuh cabang-cabang di seluruh Selangor.

Setakat ini Rafizi sedang mendahului persaingan timbalan presiden dengan majoriti tipis. Beliau berjaya menguasai empat dari enam buah negeri yang telah mengadakan pemilihan.

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan berpihak kepada Rafizi. Manakala Azmin berjaya menguasai Johor dan Pulau Pinang.

Justeru itu keputusan pemilihan fasa pertama negeri Selangor dijangka akan menyumbang jumlah undi yang lebih tinggi kepada Rafizi seterusnya mendahului lebih ke hadapan dalam persaingan timbalan presiden.


SYED BADLI SHAH SYED OSMAN ialah penolong setiausaha Pemuda PKR dan mantan setiausaha Pemuda PKR Selangor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.