Surat Malaysiakini

Rafidah memang orang Bersatu

Hannaan Khairy  |  Diterbitkan  | 

Sesungguhnya, pada hemat Armada, Rafidah adalah ‘orang’ Bersatu. Sedari awal kempen Pakatan Harapan, Rafidah sudah mula bersama menentang kleptokrasi Najib Razak dan Umno BN.

Parti Bersatu memerlukan lebih ramai figura-figura politik untuk bersama, yang kita lihat tidak cenderung ke arah Najib Razak dan juga korupsi yang dilakukan pentadbiran lama.

Kami yakin dengan kehadiran Rafidah akan membantu menguatkan lagi Bersatu serta dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan rakyat untuk menyertai Bersatu terutamanya dalam kalangan wanita.

Siapa tidak kenal wanita bernama Rafidah Aziz ini? Orangnya tegas lagi berani, bekas pimpinan dalam kabinet Ayahanda Tun satu ketika dulu, melakar nama Malaysia di persada dunia, juga dikenali sebagai Iron Lady.

Kelantangannya ketika berada dalam kabinet Dr Mahathir satu ketika dulu membuatkan beliau disegani. 

Beliau juga lantang dan tegas membawa isu wanita lantas membuatkan beliau menjadi idola banyak pihak terutama golongan wanita pada ketika itu.

Selamat datang Rafidah Aziz ke Bersatu. Kami dengan hati terbuka menerima kehadiran beliau ke dalam Bersatu.


HANNAAN KHAIRY ialah Exco Pemuda Bersatu

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.