Paling Popular
Terkini

Para calon dinasihatkan tidak ghairah untuk mengumumkan diri sendiri sebagai pemenang kerana pemilihan Parti Keadilan Rakyat masih berlangsung dan belum sampai ke garisan penamat.

Terdapat sejumlah besar undi ragu yang masih belum dikira dan kemungkinan besar berlaku pemilihan semula di cabang Julau dan Tawau kerana masalah teknikal.

Rakaman video yang tular menunjukkan pengundi boleh mengundi secara berulang kali di cabang Tawau manakala Jawatankuasa Pemilihan Parti mengesahkan hampir 9 tablet yang digunakan ketika pengundian di cabang Julau telah digodam.

Kemenangan besar calon timbalan presiden Sdr. Rafizi Ramli di cabang Pensiangan merapatkan jurang antara penyandang dan pencabar dibawah empat ribu majoriti.

Justeru kepada semua pihak diminta bertenang dan tidak terlalu ghairah mengumumkan diri sendiri sebagai pemenang kerana perlawanan masih belum tamat.

Sekian.

Syed Badli Shah Syed Osman adalah Penolong Setiausaha AMK Pusat.

Lihat Komen
ADS