Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin PKR termasuk sayap pemuda yang dipilih telah pun diumum secara rasmi pada Kongres hujung minggu lepas.

Selaku ketua pemuda PKR, tumpuan seterusnya adalah untuk melengkapkan organisasi bagi memastikan sayap pemuda dapat memebri komitmen yang sepenuhnya untuk mengangkat agenda dan perjuangan anak muda.

Berikut adalah lantikan jawatan berdasarkan perlembagaan parti, peraturan pemuda dan juga amalan biro politik di peringkat pusat:

Naib ketua: Syed Badli Shah Syed Osman

Naib ketua: Bryan Chua Chun Han

Setiausaha: Ahmad Syukri Che Ab Razab

Bendahari: Simon Ooi Tze Min

Timbalan bendahari: Mohd Khairul Anuar Azhan (ex-officio)

Setiausaha pengelola: Chua Wei Kiat

Ketua penerangan: Muhammad Affendy Hasni

Pengarah komunikasi: Wong Chun Yuan

Pengarah Strategi: Mohd Afiq Mohd Tuniman

Pengarah JPRP 1: Fahmi Zainol

Pengarah JPRP 2: Saifunnizam Sam

Biro disiplin: Arvindran a/l P Patmanathan

Bagi jawatan timbalan bendahari, Mohd Khairul Anuar akan diberikan status ex-officio bagi membolehkan beliau menghadiri biro politik pemuda PKR seperti yang disarankan timbalan ketua pemuda Hilman Idham.

Muhammad Naqib Nasaruddin pula dilantik sebagai penolong setiausaha bagi melancarkan proses pentadbiran.

Jawatan lantikan lain seperti pengerusi biro pemahaman dan pemantapan agama, timbalan ketua penerangan, timbalan pengarah komunikasi, timbalan pengarah strategi, ketua SKUAD dan jawatankuasa lain akan dibuat selepas saya mendapat maklum balas daripada pimpinan pusat dan juga keperluan gerak kerja pemuda.

Berikut lantikan lima anggota majlis pimpinan pemuda:

  • Fasyarini Azahari
  • Muhammad Alif Asyraf Abdull Rahim
  • Mohd Umry Abdul Khois
  • Rafain Ahuar
  • Shariful Azmir Mustafa

Saya mengharapkan mereka yang dilantik berkuat kuasa hari ini dapat menjalankan amanah sebaiknya dan mengangkat suara pemuda di luar sana, bagi kehidupan golongan muda yang lebih baik dan selesa di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Bagi lantikan ketua pemuda negeri, saya akan mendapatkan pandangan ketua pemuda cabang di negeri terlibat dan nasihat daripada pengerusi majlis pimpinan negeri, seperti yang diperuntukkan oleh peraturan pemuda PKR.

Mesyuarat biro politik pemuda PKR yang pertama bagi sesi baru ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu bagi membincangkan hala tuju dan perancangan 2018 - 2021, isu tumpuan anak muda, penetapan tarikh mesyuarat MPP pemuda dan persiapan jentera bagi PRK DUN Rantau.


AKMAL NASIR adalah ketua pemuda PKR dan anggota parlimen Johor Bahru.

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS