Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
'Perubahan kurikulum sekolah perlu sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan'

Pemuda Amanah menekankan bahawa sebarang penambahbaikan atau perubahan yang mahu dibuat terhadap kurikulum sekolah kebangsaan haruslah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah diulas ramai tokoh-tokoh pendidikan sebelum ini.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas termaktub cita-cita besar pendidikan negara untuk melahirkan "insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan."

Perkara ini menjadi teramat penting ketika dunia umumnya sedang bergerak ke arah Revolusi Perindustrian 4.0. 

Malaysia harus berani meneroka sistem pendidikan tersendiri yang mampu mendepani kemajuan semasa, serta konsisten membawa nilai-nilai baik sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107.


SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN merupakan naib ketua Pemuda Amanah.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS