Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis ingin memaklumkan bahawa tiada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Keledek.

Pihak kami tidak mengetahui mengenai kehadiran YAB TPM ke Kampung Keledek.

Baca: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis

Rombongan YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, timbalan perdana menteri merangkap menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat tiba di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Permata Kasih, Sungai Koyan pada 23 Januari 2019, jam 2.30 petang dan berada di sana kira-kira 20 minit sebelum berangkat ke program berikutnya.

Sepanjang berada di PPDK, YAB TPM bertanyakan mengenai perkembangan pembelajaran pelatih-pelatih dan keperluan PPDK untuk melancarkan operasi PPDK. Tiada rumah penduduk yang terletak di sebelah PPDK tersebut.

Senarai Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Daerah Lipis adalah:

  • PPDK Permata Kasih, Sungai Koyan, Lipis
  • PPDK Gemilang, Kuala Lipis
  • PPDK Pengasih Felda Chegar Perah, Lipis
  • PPDK Bistari Benta, Lipis

Tiada isu berkaitan "Tidak dibenarkan solat di PDK" seperti yang dinyatakan dalam berita Astro Awani.

Pihak kami berharap agar maklumat ini dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat mengenai PPDK bawah kelolaan kami di Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Kenyataan ini dikeluarkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Aduan, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis. Ia dimuatkan kali pertama di Facebook pejabat itu pagi ini.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS