Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

Pemuda Amanah mengambil berat tentang isu kematian 14 Orang Asli Batek di Kuala Goh, Kelantan baru-baru ini.

Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa.

Pemuda Amanah sedang menggerakkan jentera bantuan bagi membantu mereka di sana.

Secara tegas, Pemuda Amanah memandang serius terhadap dakwaan punca kematian berkenaan.

Dimaklumkan bahawa kematian itu didakwa berpunca daripada pencemaran air yang menjadi sumber utama penduduk di sanan.

Ia mungkin disebabkan oleh aktiviti perlombongan dan pembalakan haram yang berlaku di sekitar kawasan Kuala Goh sehingga menyebabkan pencemaran air berlaku.

Sekiranya perkara itu benar, pihak berkuasa yang terlibat perlu mengambil tindakan segera.

Justeru Pemuda Amanah berharap sebuah jawatankuasa bertindak dapat diwujudkan sesegera mungkin bagi menyiasat punca sebenar kematian berkenaan.

Sekiranya didapati ada pihak yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan mmanah, tidak mengikut prosedur atau salah guna kuasa, tindakan keras perlu diambil agar ia menjadi pengajaran kepada semua.


'ASIM 'ABDULLAH AINULLOTFI ialah pengarah Biro Alam Sekitar Pemuda Amanah Nasional.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS